Pengerusi JKKK Kampung Kuala Paya, Rusli Abdul Samad

Hal Ehwal Penduduk

K

ampung Kuala Paya ditadbir oleh seorang Ketua Kampung dan dibantu 18 orang Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Mereka menganggotai beberapa biro merangkumi pengurusan hal ehwal penduduk sekitar. Di antaranya, Biro Sosial dan Kebajikan, Biro Ekonomi dan Perhubungan, Biro Belia dan lain-lain lagi.

JKKK Kampung Kuala Paya berfungsi sebagai perantara masyarakat kampung dengan agensi-agensi kerajaan di Daerah Segamat seperti Majlis Daerah Segamat dan juga Pejabat Daerah Segamat. Selain itu, JKKK merupakan orang tengah kepada penduduk untuk menyelesaikan masalah berbangkit kepada pihak-pihak tertentu untuk berhubung melalui Wakil Rakyat dan lain-lain.

JKKK Kampung Kuala Paya dipengerusikan oleh Rusli Abdul Samad dan naib pengerusi, Sulaiman Samat, dengan dibantu oleh Mohd Hanapiah Ahmad sebagai Setiausaha serta Mohamed Md Dom selaku Bendahari.



 
Penafian | Laman Web KTAK