Usaha menanam sayur-sayur menjadi salah satu sumber pendapatan penduduk

Masyarakat Yang Aktif

K
  "...terdapat bengkel kimpalan membuat jeriji besi, kraf tangan daripada tempurung, bengkel membaiki motosikal juga bengkel jahitan dan sulaman."
   

egiatan ekonomi penduduk di Kampung Kuala Paya lebih menjurus kepada kegiatan seperti perniagaan. Di antaranya, kedai runcit, warung kopi, dan gerai pisang goreng. Ada juga segelintir daripada mereka melakukan perusahaan kecil-kecilan pembuatan makanan seperti membuat kek dan roti, makanan ringan dan cincau. Selain itu, terdapat bengkel kimpalan membuat jeriji besi, kraf tangan daripada tempurung, bengkel membaiki motosikal juga bengkel jahitan dan sulaman yang kesemuanya dijalankan secara kecil-kecilan.

Pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Segamat dan Jabatan Pertanian selalu menyokong perusahaan kecil ini untuk bertapak dalam dunia perniagaan dan terus maju ke hadapan. Selain itu, para pengusaha di sini rajin mengikuti Kelas Kesejahteraan Keluarga atau bengkel jangka pendek untuk menambahkan ilmu mereka dalam bidang-bidang yang diceburi. Hasil produk mereka akan dipasarkan sendiri oleh pengusaha.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK