Sektor pertanian seperti kelapa sawit dan getah kebanyakannya ditanam di estet-estet dan tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Negara (FELCRA). Di Kampung Kuala Paya, pertanian diusahakan penduduk tertumpu kepada jenis penanaman yang sama seperti di ladang-ladang. |
Ramai telah melupakan warisan seni ukir barangan lama seperti keris dan sundang. Tetapi bagi Ahmad Tahar, seorang pengusaha kraf tangan di Kampung Kuala Paya, yang mengusahakan pembuatan parang dan keris, serta sarung parang dan keris, berkata, warisan ini tidak boleh ditinggalkan demi tatapan generasi akan datang. Beliau bertuah kerana dianugerahkan bakat mengukir sejak kecil lagi tanpa bersusah payah mempelajarinya daripada orang lain. |