Perpustakaan Desa Kuala Mai

Meningkatkan Pengetahuan

P

erpustakaan Desa Kampung Kuala Mai turut dipilih untuk mendapat insentif di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Projek ini dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dan beberapa agensi kerajaan dan swasta yang lain. USP, antaranya bertujuan merapatkan jurang digital di antara penduduk bandar dan luar bandar. Perpustakaan Desa Kuala Mai telah ditubuhkan pada tahun 2006 di bawah penyeliaan Perpustakaan Awam Negeri Pahang dan Perpustakaan Negara Malaysia.

 
Akses internet di Perpustakaan Desa Kuala Mai menggunakan peralatan verry small aparatus satelite terminal atau V-SAT
 

Bagi pelajar-pelajar sekolah, mereka gembira dengan kemudahan ini kerana tidak lagi perlu ke kafe siber bagi mencari maklumat malah boleh mengguna dua perkhidmatan sekali gus iaitu perkhidmatan perpustakaan dan Internet. Lokasi perpustakaan yang terletak berhampiran dengan sekolah memudahkan para pelajar untuk datang ke perpustakaan. Perkhidmatan menggunakan komputer di perpustakaan ini diberikan secara percuma bagi menarik minat golongan pelajar berkunjung ke situ. Terdapat dua buah komputer yang disediakan oleh KTAK lengkap dengan kemudahan Internet. Kebanyakan daripada mereka melayari Internet untuk mencari maklumat bagi tujuan pembelajaran serta meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat (IT)

 
 
Pandangan luar perpustakaan desa

Perpustakaan Desa Kampung Kuala Mai dikendalikan oleh seorang penyelaras iaitu Zaitun Hassan. Beliau telah mula berkhidmat di Perpustakaan Desa Kampung Kuala Mai sejak tahun 2006. Selain aktiviti membaca dan peminjaman buku, pelbagai aktiviti lain sering diadakan di sini. Antaranya ialah pertandingan melukis bagi kanak-kanak, pertandingan bercerita rakyat, pertandingan mewarna dan mengeja perkataan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK