Pekan berhampiran dengan Kuala Mai

Wujud Sejak 100 Tahun

K

ampung Kuala Mai dipercayai telah wujud sejak 100 tahun yang lalu. Pada ketika itu, sebahagian besar kawasan kampung dipenuhi hutan belantara dan menjadi habitat pelbagai flora dan fauna. Hanya sebahagian kecil kawasan iaitu di persisiran Sungai Pahang yang dijadikan kawasan penempatan.

Menurut cerita orang-orang tua di Kampung Kuala Mai, nama Mai dipercayai berasal dari nama seorang lelaki kaum orang Asli yang tinggal di kawasan ini suatu ketika dahulu. Mai merupakan seorang yang berpengaruh dan dipercayai merupakan Tok Batin kepada masyarakat Orang Asli waktu itu. Apabila Mai meninggal dunia, masyarakat di situ sentiasa menceritakan kehebatannya kepada anak cucu mereka . Bagi mengenang jasa dan budi yang ditaburkan oleh Mai kepada penduduk kampung, namanya digunakan sebagai nama Kampung Kuala Mai.

Kebanyakan penduduk kampung yang tinggal di Kampung Kuala Mai adalah anak jati negeri Pahang yang datang dari sekitar Daerah Temerloh dan Jerantut. Kini, hampir 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, penduduk kampung mampu mengecap pelbagai kemudahan prasarana yang dibangunkan. Kampung Kuala Mai juga pernah memenangi anugerah Desa Cemerlang bagi Daerah Temerloh pada tahun 2002.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK