Hasil Kelapa Sawit
anah yang subur di Kampung Kuala Mai menjadi faktor utama kepada kegiatan pertanian yang dilakukan penduduk kampung. Tanaman utama di kalangan penduduk Kampung Kuala Mai ialah mengusahakan ladang kelapa sawit yang dianggarkan seluas kira-kira 300 hektar.
Peladang- peladang tersebut kebanyakannya mengusahakan sendiri ladang sawit mereka atau dengan pekerja yang diupah. Buah kelapa sawit biasanya diambil (dikait) setiap tiga bulan sekali dengan pokok mampu mengeluarkan dua tandan buah sawit yang masak pada setiap musim. Disebabkan kenaikan harga minyak sawit di pasaran dunia mencapai kira-kira RM700.00 setan, penduduk kampung semakin bersemangat mengusahakan tanah mereka. Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Getah (RISDA) pula bertindak memberi rangsangan dan bantuan berupa latihan dan anak pokok sawit bagi meningkatkan produktiviti penduduk Kampung Kuala Mai.
Selain mengusahakan ladang kelapa sawit, terdapat sebahagian kecil penduduk kampung mencari pendapatan dengan menoreh getah. Dianggarkan terdapat hampir 20 hektar tanah di Kampung Kuala Mai ditanam pokok getah. Susu getah selalunya akan dijadikan getah beku dan kemudiannya dikumpulkan terlebih dahulu sebelum dijual kepada peraih. Kebiasaannya penoreh akan menoreh selama dua hingga tiga minggu sebelum getah beku dikumpulkan dalam kuantiti besar sebelum dijual.
|