Manfaat Tambahan

K

ewujudan dua buah institusi pendidikan di dalam Kampung Kuala Mai memberi kemudahan kepada para penduduknya. Tabika KEMAS misalnya adalah pusat menimba ilmu bagi anak-anak kecil di bawah tujuh tahun. Dikendalikan oleh seorang penyelaras yang berpengalaman, Tabika itu bukan sahaja menjadi tumpuan anak penduduk kampung ini malahan anak-anak penduduk kawasan sekitar.

Di samping itu, terdapat sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Mai Baharu yang menjadi pusat anak-anak penduduk kampung mendapatkan pelajaran di peringkat rendah. Biarpun terletak agak jauh di pedalaman, penduduk kampung sedar tentang pentingnya ilmu pengetahuan untuk kepentingan masa akan datang. Justeru, tidak hairanlah ramai pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang.

Di samping itu, kebanyakan anak-anak penduduk kampung yang bersekolah rendah akan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau yang jaraknya kira-kira enam kilometer dari Kampung Kuala Mai. Ada juga para pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke sekolah berasrama penuh malahan sehingga ke menara gading.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK