Kejayaan 20 Tahun
idak ramai penduduk Kampung Kuala Mai berkecimpung dalam bidang keusahawanan sama ada secara kecil-kecilan atau komersial. Kebanyakan mereka menumpukan perhatian dalam bidang pertanian kerana ia menjadi kelaziman sejak turun temurun di situ serta ditambah faktor kesuburan dan kualiti tanah di sekelilingnya.
Seorang usahawan yang berjaya di kampung tersebut ialah pengusaha kedai runcit, Wan Rohayu Wan Yusof. Kedai runcit miliknya diusahakan sendiri dengan gigih sejak 20 tahun lalu tanpa bantuan daripada mana-mana pihak. Premis perniagaan itu terletak di pinggir jalan raya berhadapan Perpustakaan Desa Kampung Kuala Mai. Jika dahulu beliau hanya berniaga di rumah secara kecil-kecilan, kini beliau mampu berbangga kerana memiliki perniagaan kukuh dan berdaya saing. Kedai runcit Rohayu beroperasi setiap hari dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 6.00 petang.
|