Menjamin Kesejahteraan
agi menjamin tahap kesihatan terbaik di kalangan penduduk kampung, sebuah klinik desa dibina di Kampung Kuala Mai. Klinik Desa Kampung Kuala Mai dikendalikan oleh seorang Jururawat Masyarakat berpengalaman. Di dalam kawasan klinik tersebut, terdapat kuarters yang selesa yang digunakan oleh kakitangan klinik sebagai tempat penginapan.
Doktor daripada Hospital Temerloh sentiasa membuat pemantauan ke Klinik Desa Kampung Kuala Mai dari semasa ke semasa. Klinik desa diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan menjaga kesihatan penduduk kampung. Demi tujuan tersebut, klinik desa berkenaan menyediakan perkhidmatan kesihatan seperti pemeriksaan untuk ibu mengandung dan anak kecil, rawatan pesakit luar dan pemeriksaan tekanan darah.
 |
|
|
|
Dalam pada itu, terdapat segelintir penduduk kampung berkepakaran mengubat pesakit melalui perubatan tradisional. Pengamal perubatan tradisional di kampung ini menyediakan khidmat mengurut pesakit yang mengalami masalah kesihatan berkaitan saraf. Proses urutan biasanya dilakukan di rumah pengurut atau di rumah pesakit mengikut kesesuaian.
|