Tiada Kompromi
alai polis paling hampir dengan Kampung Kuala Mai ialah Balai Polis Kuala Krau yang terletak di tengah-tengah Pekan Kuala Krau iaitu kira-kira enam kilometer dari kawasan kampung. Sebarang masalah berkaitan keselamatan penduduk Kampung Kuala Mai akan dirujuk kepada balai ini. Biarpun terletak agak jauh di pedalaman, pihak polis sering bekerjasama dengan penduduk kampung dalam aspek kawalan keselamatan dan penyaluran maklumat supaya kegiatan jenayah dapat segera dipatahkan.
Hasil pemantauan secara kerap melalui rondaan kereta polis dan rondaan pegawai polis berpakaian preman di kampung, ketenteraman dan keharmonian hidup di situ sentiasa dipelihara. |