Prasarana Asas
 |
|
| Jambatan yang menghubungkan dua kampung |
|
|
erdapat pelbagai jenis kemudahan prasarana awam dibina bagi mendekatkan jurang antara masyarakat luar bandar dan bandar. Keseluruhan penduduk kampung mendapat kemudahan bekalan elektrik dan juga bekalan air bersih. Kemudahan prasarana seperti institusi pendidikan, surau, perpustakaan, masjid, balai raya dan perhentian bas turut dibina.
Penduduk Kampung Kuala Mai telah menerima pembangunan sejak dari tahun 1970-an lagi apabila bekalan elektrik dan bekalan air bersih mula dibekalkan. Kemudahan sistem jalan raya berturap pula telah pun wujud sejak tahun 1960-an lagi. Ini adalah bukti bahawa pihak kerajaan tidak pernah meminggirkan masyarakat luar bandar. |