Hidup Berjiran
ampung Kuala Mai turut dikelilingi beberapa buah perkampungan Melayu tradisional lain, antaranya ialah Kampung Paya Tinjau, Kampung Paya Sok, Kampung Gong dan Kampung Seboi. Biarpun tinggal berlainan kampung, hubungan erat penduduk Kampung Kuala Mai dengan masyarakat kawasan sekitar tetap dipelihara. Ibarat kata pepatah,’” bagai aur dengan tebing”, hubungan silaturahim yang terjalin sejak sekian lama sentiasa dititikberatkan oleh penduduk kampung.
Terdapat sebuah sekolah rendah bagi kemudahan pendidikan untuk anak jati kampung. Kewujudan Sekolah Kebangsaan Kuala Mai di sini turut memberikan kemudahan kepada penduduk kampung-kampung sekitar untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah. Secara tidak langsung, semangat kejiranan dan kerjasama antara kampung telah dipupuk di kalangan kanak-kanak sejak usia muda.
Bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian penduduk kampung sentiasa berkekalan, pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKKK), Kampung Kuala Mai tidak pernah memandang enteng soal hubungan antara penduduk kampung.Oleh itu, pelbagai program sering dianjurkan oleh JKKK Kampung Kuala Mai dengan JKKK kampung berhampiran seperti pertandingan sukan seperti bola sepak, badminton, sepak takraw dan Sukan Komuniti. JKKK kampung ini turut menganjurkan kegiatan-kegiatan seni dan kebudayaan seperti pertandingan kompang, pertandingan nasyid dan permainan gasing piring bagi meningkatkan persefahaman antara penduduk.
| |
 |
| |
| Papan tanda menuju Temerloh |
|
Meskipun Kuala Mai berada di Daerah Temerloh, kebanyakan penduduk akan ke Bandar Jerantut bagi tujuan urusan harian, urusan kerajaan dan membeli belah kerana lokasinya yang lebih dekat. Pekan yang terdekat pula ialah Pekan Kuala Krau, yang terletak kira-kira enam kilometer dari kawasan kampung. Pekan Kuala Krau adalah pekan kecil dibarisi deretan pelbagai jenis premis perniagaan seperti kedai runcit, kedai makan dan kedai menjual pakaian.
|