Memajukan Rakyat

J

awatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ditubuhkan untuk membantu kerajaan mengeratkan perhubungan antara masyarakat dan kerajaan. Antara tugas JKKK ialah membantu kerajaan melaksanakan program-program pembangunan terutama dalam membasmi kemiskinan. JKKK Kampung Kuala Mai diketuai oleh Ketua Kampung, Haji Sarif bin Haji Azib,49, dan dibantu oleh beberapa biro seperti Biro Keselamatan, Biro Pendidikan dan Biro Kebajikan.

Tujuan lain penubuhan organisasi ini ialah sebagai sebuah jawatankuasa yang boleh merapatkan perpaduan antara kaum atau sesama penduduk. Melalui JKKK, maklumat-maklumat dan dasar kerajaan dapat disampaikan terus kepada para penduduk. Pelbagai kaedah digunakan bagi merealisasikan wacana kerajaan terutama dengan perlaksanaan program-program khusus seperti Program Anak Angkat, Program Sukan Komuniti dan sebagainya. JKKK turut berperanan mengatur projek-projek kecil yang memberikan faedah kepada masyarakat kampung seperti membaik pulih sistem perparitan, gotong-royong membersihkan kubur dan masjid dan serta pungutan derma mangsa kebakaran.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK