Kelapa Sawit Menjana Pendapatan

S

ecara umumnya, penduduk Kampung Kuala Mai menjadikan sektor pertanian sebagai sumber pendapatan dengan menjadikan kelapa sawit sebagai pertanian utama. Harga buah sawit yang semakin tinggi di pasaran iaitu kira-kira RM700.00 satu tan mendorong penduduk kampung menceburkan diri dalam bidang tersebut. Purata pendapatan penduduk kampung yang mengusahakan kebun sawit di Kampung Kuala Mai ialah RM 2,000 ke RM 3,000 sebulan bergantung kepada keluasan tanah yang dimiliki. Sebagai makluman, sebatang pokok kelapa sawit boleh mengeluarkan kira-kira tiga hingga lapan tan hasil setahun.

 
 
Deretan kedai yang disediakan oleh JKKK kampung untuk kegunaan penduduk

Terdapat juga sebilangan kecil penduduk Kampung Kuala Mai yang bekerja sebagai penoreh getah. Suatu ketika dahulu harga getah yang amat rendah iaitu sekitar RM0.70 sen sekilogram nyaris-nyaris merubah pekerjaan penduduk kepada pekerjaan lain. Namun, berkat kesabaran dan juga sikap tidak pernah putus asa, penduduk kampung kini boleh mendapat pulangan lumayan apabila harga getah di pasaran dunia meningkat semula.

Harga getah yang kini mencecah RM3.00 sekilogram secara tidak langsung meningkatkan lagi taraf ekonomi penduduk kampung ini. Jika dahulu purata pendapatan sebulan penduduk kampung hanya sekitar RM650.00, tetapi kini mereka mampu memperoleh sehingga RM1,000.00 bergantung kepada keluasan kebun getah yang dimiliki.

Di samping itu, sebahagian penduduk kampung mencari rezeki sampingan menerusi aktiviti perikanan di Sungai Pahang. Penduduk kampung menangkap ikan secara tradisional menggunakan lukah dan jaring. Antara ikan-ikan sungai yang popular di sini ialah seperti ikan patin, ikan kerai dan ikan baung. Kebiasaannya, hasil tangkapan dibawa pulang untuk dijadikan lauk atau dijual bagi meraih pendapatan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK