Kejernihan air sungai yang mengalir sentiasa menjanjikan seribu punca rezeki kepada sekalian insan yang bergantung kepada khazanah alam. Penduduk Kuala Mai misalnya telah sekian lama bergantung kepada Sungai Pahang di dalam kehidupan mereka. Selagi tidak kering air sungai itu maka kampung ini akan terus berkembang menjadi warisan kepada generasi masa depan.


Maklumat Am Sejarah
Kampung Kuala Mai terletak di dalam Mukim Jenderak, Daerah Temerloh, Pahang. Lokasi kampung ini turut bersempadan dengan Daerah Jerantut dengan jarak perjalanan dari bandar Temerloh kira-kira 42 kilometer dan 13 kilometer dari bandar Jerantut.
Kisah orang Asli bernama Mai dikhabarkan telah digunakan untuk dijadikan nama Kampung Kuala Mai di Pahang. Suatu ketika dahulu, Mai ialah Tok Batin atau ketua yang berpengaruh di kalangan kaum orang Asli kampung itu.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK