Ilmu Ukhrawi Dititikberatkan
anita merupakan tunjang dan kekuatan bagi sesebuah keluarga. Bak kata pepatah “tangan yang menggoncang buaian mampu menggoncang dunia”. Begitu besar peranan wanita bagi menentukan anak-anak terdidik dan menjadi pemimpin yang berkaliber pada masa akan datang.
| |
 |
| |
| Wanita berkumpul selepas kelas agama di Darul Maghfirah |
|
Di samping tanggungjawab sebagai ibu, wanita di Kuala Linggi amat menitik-beratkan hal-hal berkaitan agama. Lantaran itu, kebanyakan wanita di Kuala Linggi menghabiskan masa di waktu pagi untuk kelas-kelas pengajian di Darul Maghfirah. Di situ, kelas mendalami ilmu Al-Quran, mempelajari ilmu tajwid, Fardu Ain sehinggalah kepada aktiviti nasyid dan marhaban diadakan.
Darul Maghfirah merupakan sebuah institusi keagamaan yang dibina di bahagian hadapan rumah pengajarnya. "Tuan Guru"nya adalah seorang warga kurang upaya, Tuan Haji Rahmat Haji Ali yang mempraktikkan pengetahuan agamanya untuk berdakwah kepada penduduk Kuala Linggi.
|