Perpustakaan Gedung Ilmu

P
 
 
Penggunaan VSAT di Perpustakaan Desa Kuala Linggi

emberian Perkhidmatan Sejagat (USP) ialah salah satu projek kemasyarakatan yang dikendalikan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama agensi-agensi swasta lain. Melalui program USP, kampung-kampung yang terpilih diberi peralatan komputer untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat dalam bidang teknologi maklumat. Peralatan-peralatan tersebut diletakkan di perpustakaan desa atau klinik desa dengan tujuan merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

Di Perpustakaan Desa Kuala Linggi, KTAK telah menyediakan pelbagai kemudahan bahan ilmiah untuk kegunaan masyarakat kampung. Ia turut dilengkapi dengan peralatan komputer berserta akses jalur lebar tanpa wayar dengan membawa misi, masyarakat kampung akan mengaplikasikan kemudahan yang disediakan. Segala peralatan yang disediakan diharap dapat dimanfaatkan oleh orang ramai dengan sebaiknya

Dari segi lokasi, Perpustakaan Desa Kuala Linggi terletak di Pekan Kuala Linggi di antara deretan rumah-rumah di sepanjang jalan Kuala Linggi. Perpustakaan ini telah dibuka pada bulan Januari 2004 dan diuruskan oleh Pegawai Perpustakaan, Amizat Ayub.

Di antara aktiviti yang dianjurkan di perpustakaan ini seperti pertandingan mewarna dan bercerita bagi tujuan menarik minat terutama golongan kanak-kanak dan murid-murid sekolah. Perpustakaan ini dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK