Kota Yang Pernah Dijajah
| |
“Kota itu diberi nama Kota Kuala Linggi. Kota Kuala Linggi merupakan sebuah kota pertahanan di puncak Bukit Supai. Ia dibina oleh tentera Belanda dan Bugis sebagai tanda perdamaian perang yang berlaku pada 1756 hingga 1757.” |
| |
|
ama “Kuala Linggi” diberi bersempena nama sebatang sungai. Disebabkan kedudukan kampung ini terletak di Kuala Sungai Linggi, justeru kampung ini diberi nama Kampung Sungai Linggi. Kampung Sungai Linggi terletak di kawasan yang strategik bagi tujuan pemantauan terhadap kapal yang keluar-masuk pada masa dahulu. Oleh itu, sebuah kota telah dibina di Kampung Kuala Linggi.
Kota Kuala Linggi merupakan sebuah kota pertahanan di puncak Bukit Supai. Ia dibina oleh tentera Belanda dan Bugis sebagai tanda perdamaian perang yang berlaku pada 1756 hingga 1757. Selain dikenali sebagai “Supai Fort”, kota ini juga dikenali dengan nama Kota Filipina di mana namanya diambil bersempena dengan nama anak Gabenor Belanda pada ketika itu.
 |
|
| Pemandangan Bukit Supai dari jauh |
|
|
Berdasarkan sejarah, perjanjian di antara tentera Belanda dan Bugis berlangsung pada 1 Januari 1758. Hasil perjanjian tersebut Belanda dibenarkan menguasai kawasan Linggi dan perdagangan bijih timah di situ. Kota yang berbentuk segi empat ini dibina dari susunan batu laterit. Di setiap empat penjuru telah dibina separuh bulatan bagi menempatkan meriam untuk tujuan pertahanan.
|