Hidup Dikandung Adat Mati Dikandung Tanah

M

ajoriti penduduk di Kuala Linggi berbangsa Melayu. Pekerjaan utama mereka ialah menangkap ikan. Mereka mendirikan rumah di atas tanah sendiri. Oleh itu, rumah-rumah mereka adalah terpisah di antara satu sama lain.

 
 
Seorang penduduk sedang menyiapkkan jaring ikan

Kebanyakan penduduk di Kuala Linggi mempunyai kenderaan sendiri seperti motosikal dan kereta. Namun begitu, perkhidmatan bas sekolah dan bas awam mudah diperolehi. Pengangkutan awam ini memudahkan penduduk untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Di kampung yang majoriti penduduknya berbangsa Melayu, dapat dirasakan cara hidup masyarkat yang mengamalkan budaya Melayu secara langsung. Sikap ramah-tamah penduduk, gaya pertuturan yang lembut dan sopan, kenal-mengenal sesama sendiri menjadikan kampung ini menarik untuk dilawati.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK