Sumber Rezeki Berasaskan Sawit
i Kuala Linggi, perladangan bukanlah sumber pendapatan utama namun ada juga penduduknya yang mengusahakan tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun, di Kuala Linggi terdapat sebuah kilang pemprosesan kelapa sawit milik persendirian yang beroperasi di Kuala Linggi. Walaupun kelapa sawit yang diproses bukanlah dari ladang di Kuala Linggi namun kewujudan kilang ini sedikit sebanyak memberikan banyak peluang pekerjaan kepada penduduknya.
MARDI
Di sini juga terdapat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Kuala Linggi yang terletak berhampiran dengan Jambatan Kuala Linggi. Di hadapan MARDI terdapat sebuah dusun iaitu Nusa Dusun. MARDI ditubuhkan bertujuan untuk membangunkan dan mempromosikan teknologi baru, wajar dan lebih baik dalam bidang pertanian. Teknologi yang bakal diperkenalkan dijangka dapat meningkatkan produktiviti.
|