Kepentingan Ilmu
| |
 |
| |
| Alam pendidikan bagi anak-anak tempatan bermula di sini |
|
enimba ilmu merupakan sesuatu yang dituntut. Lantaran itu jelas pentingnya ilmu di dalam kehidupan kita. Di Kuala Linggi terdapat sebuah sekolah rendah yang menjadi tumpuan anak-anak di Kuala Linggi. Manakala di peringkat menengah, anak-anak di sini mendapat pelajaran di Sekolah Menengah Rahmat di Kuala Sungai Baru.
Di antara pusat pengajian berhampiran Kuala Linggi ialah Akademi Laut Malaysia (ALAM) yang merupakan salah satu pusat pembelajaran berkaitan dengan ilmu
 |
|
| Akademi Laut Malaysia yang terletak di Kuala Linggi |
|
|
Kolej ini yang menyediakan tenaga pengajar yang berkemahiran dalam bidang perkapalan dan dilengkapi dengan peralatan pembelajaran yang moden menjadikan institusi ini antara yang terbaik di Malaysia.
Malahan di Kuala Linggi juga terdapat sebuah sekolah agama persendirian, Darul Maghfirah yang diasaskan oleh Tuan Haji Rahmat Haji Ali. Beliau atau lebih dikenali sebagai Pak Itam menjadi guru di Darul Maghfirah dan disegani oleh penduduk di Kuala Linggi. Beliau mengajar membaca Al-Quran dengan penggunaan tajwid yang betul, nasyid, marhaban dan segala yang berkaitan dengan agama Islam. Bagi kaum wanita di Kuala Linggi pada setiap Selasa, Rabu dan Khamis mereka akan berada di Darul Maghfirah untuk menghadiri kelas bacaan Al-Quran.
|