Restoran Terapung Tarikan Baru Di Kuala Linggi

J
 
 
Tapak pembinaan untuk projek restoran terapung Kuala Linggi

ika anda datang ke Kampung Kuala Linggi, anda bolehlah melawat ke Kota Kuala Linggi yang terletak di Bukit Supai. Kota ini merupakan tinggalan sejarah yang menjadi bukti bahawa kampung ini pada masa dahulu pernah di bawah kuasa Bugis dan Belanda. Anda pasti teruja dengan seni bina kota lama ini yang hanya dibina menggunakan batu laterit. Di Kota inilah satu perjanjian perdamaian antara Bugis dan Belanda dimeterai. Perjanjian ini membenarkan pihak Belanda menguasai kawasan Linggi dan perdagangan bijih timah di Sungai Linggi.

 

 
Tapak restoran terapung sedang giat dibina
 

Selain itu, Kuala Linggi bakal menjadi destinasi pelancongan yang diercayai boleh menarik ramai pengunjung apabila siapnya sebuah restoran terapung siapa tidak lama lagi. Pembinaan restoran umpama pemandangan di Kampung Air kerana ia betul-betul berhadapan dengan Selat Melaka.

Antara lain yang menarik di Kuala Linggi ialah chalet-chalet tersergam di tepi pantai yang pastinya menjanjikan percutian menarik anda bersama keluarga dan akan dikenang sampai bila-bila.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK