Anak Tempatan Tidak Jemu Berusaha

L

okasinya yang terletak di persisiran pantai, antara industri yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan ialah pelancongan. Ia dapat dilihat dengan pembinaan beberapa buah chalet di sepanjang pantai Kuala Linggi. Antara chalet yang menjadi tumpuan ialah KM Chalet. KM merupakan kependekan nama pasangan suami isteri yang mengusahakan chalet berkenaan iaitu Kamaruddin Haji Ali dan Masmara Salim.

KM Chalet sering menjadi tumpuan pelajar-pelajar yang ingin mengadakan aktiviti perkhemahan kerana sewanya yang murah. Malah ia turut menjadi pilihan keluarga yang ingin mengadakan hari perhimpunan keluarga. Pengunjung boleh menyewa chalet tersebut dengan harga serendah RM60.00 semalam.

Di KM Chalet juga pengunjung boleh menyewa perkhidmatan atau kemudahan lain yang disediakan seperti tapak perkhemahan dan kanopi. Mereka yang berminat dengan aktiviti lasak boleh menyewa kayak. Sebuah dewan disediakan bagi kegunaan lain seperti seminar dan sebagainya. Selain itu, peralatan sukaneka juga disediakanuntuk kemudahan pengunjung yang ingin melakukan aktiviti sukaneka di tepi pantai.

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK