Berkhidmat Untuk Kesejahteraan Negara
eselamatan merupakan satu aspek penting yang perlu diambil-kira walau di mana sekalipun kita berada. Lantaran pentingnya keselamatan kepada setiap individu, telah menjadi peranan bagi sesebuah organisasi di mana kita menetap, agar memastikan keadaan yang selamat dan selesa. Di Kampung Kuala Linggi, aspek keselamatan menjadi tanggungjawab Pondok Polis Kuala Linggi.
Di kampung ini juga terdapat Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang dianggotai penduduk dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang akan melakukan rondaan pada setiap malam. Oleh sebab kedudukan kampung yang berhampiran pantai, Kastam Diraja Malaysia turut membuka pejabatnya di sini. Di antara tugas Kastam di sini ialah memantau kegiatan bot-bot yang membawa barang-barang dagangan supaya tidak berlaku penyeludupan.
|