Bersedia Berkhidmat

K
 
 
TNB sentiasa memastikan penduduk mendapat manfaat sepenuhnya

emudahan asas dan kemudahan awam merupakan keperluan utama di sesuatu tempat. Penduduk Kuala Linggi telah dilengkapi dengan kemudahan dan prasarana yang lengkap. Setiap rumah di Kuala Linggi mempunyai bekalan air dan elektrik yang sempurna. Malahan penduduk setempat mempunyai kemudahan lain seperti dua buah telefon satelit yang diletakkan di hadapan Perpustakaan Desa Kuala Linggi.

Kemudahan-kemudahan awam yang diperolehi di sini termasuklah sebuah masjid, surau dan sekolah. Turut disediakan adalah sebuah balai raya bagi memudahkan penduduk mengadakan sesuatu majlis atau aktiviti. Di hadapan balai raya tersebut terdapat sebuah gelanggang yang digunakan oleh anak-anak muda kampung untuk bermain sepak takraw dan badminton pada waktu petang. Turut disediakan adalah sebuah padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Raya Kuala Linggi. Pada setiap petang padang ini akan dipenuhi dengan kanak-kanak dan juga golongan belia bermula jam 4.00 petang sehingga jam 7.00 malam.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK