Bersatu Membawa Berkat
uala Linggi dihimpit oleh beberapa perkampungan lain iaitu Kampung Tanjung Dahan, Kampung Tengah, Kampung Permatang dan Kampung Kuala Sungai Baru. Lantaran kedudukan yang berhampiran pantai, kebanyakan penduduknya bergantung kepada hasil tangkapan laut.
Pekerjaan lain yang dilakukan oleh penduduk ialah di ladang-ladang getah dan kelapa sawit sebagai penoreh serta pengait kelapa sawit. Rata-rata golongan mudanya pula lebih gemar bekerja di sektor awam atau swasta termasuk di kilang-kilang yang berhampiran.
|