Peranan Datuk Sidang
ika ditanya siapakah individu yang bertanggungjawab di dalam pentadbiran sesebuah kampung di negeri Melaka, jawapannya agak berlainan dengan tempat lain. Di negeri lain, sesebuah kampung diketuai oleh Ketua Kampung tetapi di Melaka ketuanya dikenali dengan panggilan Datuk Sidang. Walaupun begitu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masih tetap relevan sebagai sebuah jawatankuasa yang menjadi perantara antara penduduk dengan kerajaan.
| |
 |
| |
| Temubual bersama Tok Sidang |
|
Di Kuala Linggi, Datuk Sidang dan JKKK berganding tenaga mentadbir kampungnya. Jawatan Sidang kampung Kuala Linggi dipegang oleh Muhammad Musa yang juga menjadi Setiausaha JKKK. Bendahari JKKK ialah Mat Isa Lani.
Melalui gandingan Datuk Sidang dan seluruh ahli JKKK, aktiviti-aktiviti sosial, kemasyarakatan dan pembangunan dapat dianjurkan. Melalui JKKK, maklumat-maklumat dan dasar-dasar kerajaan dapat disampaikan kepada penduduk. Oleh itu, para penduduk tidak akan ketinggalan memperoleh maklumat-maklumat semasa. Bagaimanapun, tugas Datuk Sidang lebih tertumpu kepada perkara-perkara berkaitan adat resam dan juga hal-hal berkaitan agama. Dalam majlis-majlis pertunangan, perkahwinan dan perayaan-perayaan Islam, Datuk Sidang lazimnya diundang sebagai tetamu jemputan.
|