Rezeki Sebagai Nelayan

W
  “Laut kepada mereka adalah rumah kedua dan mereka tidak pernah takut dilambung ombak”
   

alaupun anak-anak muda tidak selesa menjadi nelayan atau bekerja di laut, namun pekerjaan itu masih dilakukan oleh generasi tua. Malah, ia telah sebati dengan jiwa mereka kerana pekerjaan itu juga yang menyara hidup sehari-hari dan membiayai pelajaran anak-anak sehingga ke menara gading. Laut kepada mereka adalah rumah kedua dan mereka tidak pernah takut dilambung ombak.

Bagi nelayan di Kuala Linggi mereka meneruskan pekerjaan ini kerana ia telah menjadi darah dagingnya. Terdapat dua kategori nelayan di Kampung Kuala Linggi iaitu nelayan laut dalam dan nelayan persisiran pantai. Nelayan persisiran pantai merupakan nelayan tradisi yang hanya menangkap ikan di pantai berdekatan. Berbeza dengan nelayan laut dalam yang menangkap ikan di kawasan lebih jauh dari pantai.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK