Jika ditanya siapakah individu yang bertanggungjawab di dalam sesebuah perkampungan di negeri Melaka, jawapannya agak berbeza dengan tempat lain. Jika di negeri lain, sesebuah kampung biasanya diketuai oleh Ketua Kampung tetapi di Melaka ia diketuai oleh Datuk Sidang. Namun demikian masih terdapat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sebagai sebuah organisasi yang menjadi mata dan telinga kerajaan. |
Malah, di Kuala Linggi juga terdapat sebuah sekolah agama persendirian, Darul Maghfirah yang diasaskan oleh Tuan Haji Rahmat Haji Ali. Beliau atau lebih dikenali sebagai Pak Itam menjadi guru di Darul Maghfirah dan disegani oleh penduduk Kuala Linggi. |