Mengeratkan Hubungan

G

olongan belia merupakan tonggak negara. Oleh itu, belia harus menanam sikap untuk sentiasa maju, hebat dan bersemangat tinggi. Melalui ilmu dan kemahiran yang dimiliki, belia mampu menghadapi saingan yang semakin mencabar. Justeru, belia di Kampung Kuala Linggi memang bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti seperti sukan bola sepak, badminton dan sepak takraw.

 
Belia sedang menjalani latihan bola sepak
 

Biasanya aktiviti-aktiviti sukan akan bermula seawal jam 4.00 petang di gelanggang dan juga padang yang telah disediakan. Bagi permainan bola sepak, belia Kuala Linggi turut menyertai perlawanan antara kampung dan juga mewakili pertandingan peringkat daerah. Belia juga mengikuti latihan kompang untuk memantapkan kemahiran apabila dijemput bermain kompang pada majlis-majlis perkahwinan.

 

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK