Ikatan Perpaduan Kukuh

W

anita di Kampung Kuala Krau tidak ketinggalan melibatkan diri dalam apa jua majlis dan program yang dianjurkan. Dari sudut keagamaan, kesenian, kemasyarakatan dan kesukanan, mereka tetap memberi sokongan penuh tanpa berbelah bagi. Ikatan perpaduan yang utuh sesama wanita kampung juga menjadikan setiap aktiviti dan program yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan meriah. Jika tidak menyumbang idea, mereka akan sama-sama menggembleng tenaga bagi menjayakan setiap perkara yang telah dirancang.

Dari sudut keagamaan,mereka sering kali menyertai kelas mengaji, taranum, bacaan Yasin dan berzanji yang dianjurkan di surau Kampung Kuala Krau. Kelas mengaji dan Yasin biasanya dijalankan pada hari Khamis dan Ahad manakala kelas berzanji dan marhaban dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad. Seorang guru agama dilantik untuk mengajar golongan wanita ini. Sambutan yang memberangsangkan dari orang kampung terhadap aktiviti ini sememangnya suatu perkara murni yang membanggakan.

“Kesungguhan yang ditunjukkan oleh kaum wanita Kampung Kuala Krau dalam menjaga kesihatan dan mengisi masa lapang dengan bersukan merupakan contoh terbaik yang perlu diikuti oleh semua wanita.”

 
   

Selain itu, terdapat juga kelas solekan dan andaman yang dianjurkan pada setiap hujung minggu. Bagi sesi solekan ini, terdapat seorang guru dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bertanggungjawab mengajar para peserta. Bagi setiap kelas, bilangan pelajar akan dihadkan sekitar 20 hingga 30 orang untuk memudahkan proses pembelajaran.

Pada waktu senggang, kaum wanita juga aktif beriadah bersama golongan belia di gelanggang yang disediakan. Antara aktiviti sukan kegemaran mereka ialah bermain bola jaring dan bola tampar. Kesungguhan kaum wanita dalam menjaga kesihatan dan mengisi masa lapang dengan bersukan merupakan contoh terbaik yang perlu diikuti oleh semua wanita.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK