Maklumat Di Hujung Jari
erpustakaan Desa Kuala Krau tidak terkecuali daripada menikmati Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau lebih dikenali sebagai USP. Projek ini di bawah anjuran Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi untuk perpustakaan desa dan klinik desa yang terpilih seluruh Malaysia. Tujuan utama projek ini ialah untuk mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar. Ternyata projek ini banyak memberi faedah dan pendedahan kepada penduduk kampung tentang kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian pada masa ini.
 |
|
| Persekitaran dalam perpustakaan |
|
|
Pada September 1995, Perpustakaan Desa Kuala Krau telah dirasmikan oleh Dato Foo Ah Kiau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab pada ketika itu. Perpustakaan ini dibina khas di bawah pentadbiran Perpustakaan Awam Pahang sebagai pusat ilmu dan tumpuan masyarakat luar bandar. Selain perkhidmatan pinjaman buku dan bahan bacaan ilmiah dan ringan, pengunjung juga boleh menggunakan kemudahan komputer berserta talian Internet secara percuma.
Terdapat sudut Mari Mewarna, Sudut Kenyataan dan Sudut Ingin Tahu yang menyajikan maklumat terkini dan mutakhir di dalam dan luar negara. Ada juga kelas komputer yang dianjurkan untuk membantu penduduk mempelajari cara menggunakan komputer serta aplikasinya. Kelas ini bukan sahaja memudahkan pelajar untuk menyiapkan tugasan sekolah malah golongan dewasa juga boleh menggunakannya untuk pelbagai tujuan seperti mencari pekerjaan secara dalam talian.
|