Kuala Sungai Pahang
sal usul nama Kuala Krau bermula daripada nama Kuala Kera yang diilhamkan oleh peneroka kampung yang terdahulu. Pada sekitar tahun 1940-an, peneroka awal kampung yang terdiri daripada Orang Asli membuat penempatan mereka di sini. Ketika itu, kawasan kampung yang terletak di kuala Sungai Pahang dipenuhi dengan kera dan dari situlah tercetusnya nama Kuala Kera. Namun begitu, akibat daripada peredaran zaman, orang kampung telah menukarnya nama Kuala Kera kepada Kuala Krau dan kekal sehingga kini.
Menurut cerita anak kampung, terdapat pelbagai perubahan yang ketara di kawasan kampung ini. Dari kawasan yang dipenuhi hutan di awal penerokaan, kini keadaannya sudah banyak berbeza. Pembangunan kampung yang seiring dengan arus pembangunan negara telah banyak mengubah penempatan dan taraf hidup penduduk kini. Pelbagai kemudahan seperti sekolah, masjid, klinik kesihatan dan perkhidmatan telefon disediakan untuk faedah penduduk Kampung Kuala Krau.
 |
|
Orang asli turut membuka penempatan di sini
|
|
|
Sistem perhubungan yang lengkap dan efektif memudahkan orang kampung untuk berhubung dan berkomunikasi dengan masyarakat luar. Penduduk boleh memilih apa jua kemudahan yang disediakan untuk kemudahan bersama. Beberapa perkampungan Orang Asli yang terletak di pedalaman kampung dapat menikmati bekalan air, elektrik dan jalur komunikasi. Permuafakatan dan kesefahaman di antara penduduk menjamin sebuah komuniti yang erat, aman dan makmur.
|