Masyarakat Majmuk

P

enduduk Kampung Kuala Krau dianggarkan kira-kira 5, 000 orang. Kaum terbesar yang menghuni di Kampung Kuala Krau ialah Melayu dan segelintirnya berketurunan Cina dan India. Semangat muhibah yang ditunjukkan di antara kaum di Kampung Kuala Krau terserlah terutamanya ketika musim perayaan apabila penduduk saling kunjung mengunjungi rumah terbuka jiran mereka tanpa mengira bangsa dan agama.

 
 
Anak tempatan tersenyum gembira

Sebahagian besar kaum minoriti terutama generasi muda fasih menuturkan Bahasa Melayu. Sementara itu, terdapat segelintir anak Melayu bersekolah di sekolah Cina di pekan berhampiran. Malah kebanyakan mereka mahir berkomunikasi dalam bahasa mandarin dan selesa berbual dengan rakan berbangsa Cina dengan menggunakan bahasa tersebut. Perpaduan dan permuafakatan yang ditonjolkan oleh penduduk kampung adalah hasil didikan yang diterapkan semenjak kecil.


Perhubungan di antara masyarakat Kampung Kuala Krau dengan masyarakat Orang Asli di kampung sekitar sangat erat. Mereka akan sama-sama menjalinkan hubungan baik dan menghulurkan bantuan jika diperlukan. Ramai anak Orang Asli mendapat pendidikan di sekolah berdekatan kampung tersebut. Setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan dikongsi bersama.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK