Kelapa Sawit Dan Getah Raih Pendapatan

T

anaman kelapa sawit dan getah merupakan komoditi utama yang menjadi sumber ekonomi penduduk di Kampung Kuala Krau . Terdapat juga, projek Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Kemajuan, Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) yang menjaga kebajikan peneroka yang terlibat. Agensi-agensi kerajaan ini terbabit dalam memberi khidmat nasihat dan bantuan bergantung kepada jenis tanaman.

Kesemua pusat rancangan tanah ini dilakukan secara berpusat dan setiap peneroka akan diberikan tanah mengikut keluasan yang telah ditetapkan. Jika terdapat sebarang masalah atau bantuan, petani di kampung ini juga boleh merujuk ke pejabat Jabatan Pertanian Kuala Krau yang terletak di pintu masuk kampung. Tanah rancangan FELDA di sekitar kawasan Kuala Krau kebanyakannya tertumpu pada tanaman getah manakala FELCRA pula lebih menjurus kepada tanaman sawit.

Selain tanaman sawit dan getah, ada juga penduduk memilih untuk menjalankan aktiviti menanam tanaman lain seperti kacang, timun dan pisang. Tanaman ini dijalankan dalam skala kecil dan dipasarkan di sekitar kawasan kampung sahaja. Walaupun mendapat permintaan tinggi, namun petani ini masih lagi selesa menjalankan aktiviti secara kecil-kecilan. Kebanyakan mereka masih menggunakan teknik tradisional yang diturunkan daripada generasi terdahulu dalam menjalankan aktiviti pertanian namun ada juga yang petani menggunakan peralatan teknologi moden untuk bertani.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK