Berjaya Dan Cemerlang
ampir kesemua anak Kampung Kuala Krau mendapat kemudahan pendidikan yang disediakan di kampung dan kawasan sekitarnya. Bermula daripada pendidikan di tahap sekolah tadika, rendah dan menengah, ada juga di antara anak kampung yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Iltizam dan semangat yang ditonjolkan oleh generasi muda ini adalah sangat baik demi merubah kehidupan keluarga mereka.
 |
|
| Aktiviti pancaragam oleh kanak-kanak sekolah |
|
|
Di antara pusat ilmu yang menjadi pilihan anak muda di kampung ini ialah Tadika KEMAS, Sekolah Kebangsaan Kuala Krau, Sekolah Agama Kuala Krau, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kuala Krau. Jarak kedudukan sekolah dengan kawasan kampung adalah berdekatan dan ada di antara pelajar yang memilih untuk berbasikal dan berjalan kaki ke sekolah. Anak muda di sini bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah mereka juga aktif mengikuti aktiviti ko-kurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah pada waktu petang dan hujung minggu. Antara aktiviti yang dilakukan ialah kelas tambahan dan latihan pancaragam untuk memantapkan pendidikan dan persembahan.
Ibu bapa mereka juga turut mementingkan ilmu agama di kalangan anak-anak. Pendidikan agama secara tidak formal dijalankan oleh guru yang bertauliah di masjid atau di rumah. Selain itu, terdapat juga kelas taranum yang dianjurkan di kampung sebelah untuk golongan dewasa. Pendidikan sememangnya menjadi teras pembangunan insan penduduk di kampung ini. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh penduduk di sini merupakan suatu perkara yang murni dan harus dicontohi oleh semua.
|