Pekan Cowboy Kuala Krau
uala Krau merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Temerloh, Pahang Darul Makmur dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jenderak dan kawasan Parlimen Kuala Krau. Kampung Kuala Krau merupakan kampung yang telah wujud lebih 50 tahun dan masih mengekalkan kebudayaan dan keharmonian penduduk pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India.
Pengunjung perlu mengikut papan tanda untuk ke Kampung Kuala Krau di samping menyusuri jalan kereta api sebelum sampai ke Perpustakaan Desa Kuala Krau. Kedudukan perpustakaan yang strategik dan berdekatan dengan sekolah, klinik masyarakat dan pejabat pertanian memudahkan pengunjung datang ke Kampung Kuala Krau.
 |
|
| Antara lokasi yang menjadi tumpuan penduduk |
|
|
Salah satu mercu tanda untuk ke Kampung Kuala Krau ialah sebuah Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar (Seladang) yang terletak di kawasan Felda Jenderak Selatan. Pusat ini dibina atas inisiatif untuk menjaga dan mengekalkan spesies seladang yang semakin berkurangan di Malaysia. Ia merupakan pusat perlindungan haiwan kedua terbesar di Semenanjung Malaysia. Terdapat pelbagai jenis seladang dari jenis Bos Gaurus Gaurus, Bos Gaurus Readei dan Bos Gaurus Hubbacki yang masih terpelihara Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar (Seladang).
|