Memiliki Kepakaran Tersendiri
ektor keusahawanan juga banyak membantu penduduk Kampung Kuala Krau dalam meningkatkan ekonomi dan taraf hidup mereka. Ada sesetengah penduduk yang lebih cenderung untuk berniaga dan menjalankan perusahaan kampung mengikut minat dan kepakaran yang dimiliki. Selain itu, ada juga yang ingin menambah duit poket dengan melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.
Di dalam kampung ini, terdapat perusahaan membuat baulu yang sangat popular. Baulu Cermai dan Baulu Gulung yang diusahakan sering kali mendapat permintaan daripada penduduk-penduduk di seluruh kawasan Temerloh ditukarkan kepada Baulu Cermai dan Baulu Gulung merupakan perusahaan membuat baulu yang sangat popular di Kampung Kuala Krau. Perusahaan membuat baulu yang diusahakan sering kali mendapat permintaan daripada penduduk-penduduk di seluruh kawasan Temerloh. Pengusahanya yang hanya dikenali sebagai Cikgu Leha berkata beliau kadang kala tidak menang tangan melayan permintaan yang menggunung terutamanya pada musim perkahwinan dan musim perayaan. Namun kini, beliau hanya membuat kuih baulu berdasarkan kepada permintaan sahaja. Beliau juga mendapat bantuan alatan, mesin dan khidmat nasihat daripada Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan organisasi swasta yang dilantik semasa membuat perusahaan baulu ini.
Ada juga penduduk yang memilih untuk membuka gerai makan, berniaga secara kecil-kecilan dan menawarkan perkhidmatan seperti mencuci kereta untuk menambah pendapatan. Kebanyakan mereka menjalankan aktiviti perniagaan ini pada waktu petang dan hujung minggu sahaja. Tidak kira apa juga yang dilakukan oleh penduduk kampung, mereka tetap bersatu dan membantu meningkatkan taraf hidup masing-masing.
|