Kesihatan Berkualiti Sepanjang Masa

 
 
Suasana di dalam bilik rawatan
'K

esihatan Berkualiti Sepanjang Masa’ merupakan janji Poliklinik Masyarakat Kuala Krau kepada penduduk kampung. Poliklinik yang telah di naik taraf ini banyak menyumbang jasa dalam meningkatkan taraf kesihatan penduduk kampung. Perkhidmatan yang disediakan di sini ialah rawatan pesakit luar, pemeriksaan kesihatan untuk ibu mengandung dan kanak-kanak, pemeriksaan darah dan rawatan asma atau sakit-sakit ringan. Terdapat seorang pegawai perubatan dan pembantu perubatan serta dibantu oleh beberapa jururawat yang ditugaskan sentiasa komited dalam menjalankan tugas di poliklinik tersebut.

 
Pesakit menunggu giliran bagi mendapatkan rawatan
 

Poliklinik ini juga aktif menjalankan pelbagai program dalam memberi kesedaran kepada penduduk kampung tentang kepentingan menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Program Pemeriksaan Kesihatan secara percuma yang dianjurkan sebulan sekali dengan kerjasama organisasi swasta dan pihak pentadbiran kampung. Pemeriksaan payudara dan kandungan darah dalam gula juga mendapat sambutan yang menggalakkan.

Di kampung ini juga, terdapat rawatan resdung secara tradisional yang dilakukan seorang bidan kampung, Perubatan secara tradisional masih menjadi pilihan segelintir penduduk di kampung ini. Tidak kira apa jua jenis rawatan yang diambil, kesihatan yang baik merupakan agenda utama warga kampung ini. Badan sihat, otak dan minda juga akan menjadi cergas dan memudahkan segala urusan yang ingin dilakukan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK