Selamat Agenda Utama

A

spek keselamatan adalah di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM).Balai Polis Kuala Krau merupakan balai polis yang berdekatan dengan Kampung Kuala Krau. Balai polis ini sering kali menjadi tumpuan penduduk kampung untuk membuat aduan mengenai sebarang kes atau kes jenayah yang berlaku dan mengganggu ketenteraman hidup mereka.

Di kampung ini terdapat sebuah balai bomba sukarela yang ditubuhkan oleh kaum Cina. Setiap dua minggu sekali, mereka akan mengadakan aktiviti bersama penduduk kampung untuk memberi pengetahuan tentang cara-cara mengatasi sebarang masalah kecemasan. Sebagai contoh, mereka akan diberi pendedahan latihan kebakaran dan bagaimana mengatasi sebarang masalah sementara menunggu anggota bomba tiba dan cara bagaimana menyelesaikan kes tersebut.

Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang diwujudkan di sini juga diharap dapat membantu pihak berkuasa mengurangkan kadar jenayah di Kampung Kuala Krau. Pasukan RELA bertanggungjawab memantau dan memastikan penduduk kampung sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terkawal. Selain itu, pasukan RELA turut membantu penduduk kampung dalam majlis-majlis perkahwinan dan menjaga lalu lintas ketika majlis rasmi yang melibatkan wakil rakyat atau menteri.

Keselamatan Kampung Kuala Krau sentiasa berada dalam keadaan yang terkawal. Kadar jenayah di sini adalah sangat minima kerana setiap penduduk sentiasa berusaha untuk menghindari jenayah. Ini merupakan satu pencapaian yang baik bagi memastikan setiap penghuni di kampung dapat hidup dengan keadaan aman dan sejahtera.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK