Keretapi Pengangkutan Alternatif

 
Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad
 
S

elain kemudahan jaringan jalan raya, terdapat juga sebuah stesen kereta api lama yang terletak di Pekan Kuala Krau. Di kampung itu juga terdapat perkhidmatan kereta api yang menjadi kemudahan pengangkutan alternatif penduduk kampung melintasi jalan kampung. Perkhidmatan kereta api ini sering menjadi pilihan penduduk yang ingin ke destinasi pilihan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan bertindak sebagai pengangkutan alternatif selain kenderaan awam yang lain.

 
 
Jeti Penambang Kuala Krau


Penduduk di kampung juga berhubung melalui titian gantung, jeti penambang dan juga jambatan untuk ke kawasan kampung sebelah. Namun sudah tidak banyak jambatan kayu di dalam kampung kerana semuanya telah dinaiktarafkan untuk kesenangan penduduk berhubung dengan kawasan sekitar. Perkhidmatan bot penambang yang ada di pinggir kampung memudahkan penduduk ke kampung seberang untuk menyeberangi Sungai Pahang ke kampung sekitar. Keluasan liputan talian untuk berkomunikasi yang memuaskan juga memudahkan penduduk dan mempercepatkan segala urusan yang diperlukan. Ada beberapa tempat dalam kampung yang menyediakan telefon awam untuk sebarang urusan.

Antara prasarana lain yang terdapat di Kampung Kuala Krau ialah kemudahan untuk beribadat seperti surau dan masjid. Kemudahan sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah Cina untuk pendidikan sempurna penduduk Kampung Kuala Krau. Klinik kesihatan, balai polis dan juga medan selera bagi menyenangkan aktiviti harian penduduk kampung. Setiap kemudahan yang disediakan dinikmati oleh semua orang.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK