Komited Membangunkan Kampung

J

awatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kuala Krau berperanan memastikan kestabilan penduduk dan keamanan kampung sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Di samping itu, ahli JKKK yang dilantik juga sentiasa komited dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dan memastikan dasar-dasar kerajaan dilaksanakan dengan jayanya. Beberapa biro seperti Biro Keselamatan, Biro Pendidikan, Biro Kebajikan, dan Biro Wanita ditubuhkan lagi memastikan aspirasi kerajaan disampaikan kepada warga kampung.

Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh JKKK ini ialah ceramah agama, gotong royong memasak bubur Asyura, sukaneka dan sebagainya. Penglibatan pelbagai golongan muda dan tua dalam kampung sangat menggalakkan terutamanya aktiviti sukaneka seperti tarik tali dan pertandingan mengisi air dalam botol. Ternyata setiap apa yang dirancang oleh JKKK ini membawa keuntungan dan kebaikan kepada setiap penduduk. Selain daripada mengeratkan hubungan sesama penduduk, aktiviti ini juga dapat mengisi masa lapang setiap penduduk dengan perkara yang bermanfaat.

Berikut Senarai JKKK Kuala Krau:

Syed Kamal Shah Meadullah Pengerusi

M.Fadzil Sapiai Setiausaha - 013-9656565

Nor Latifah Habibah Penolong Setiausaha - 017-9702040

Idawati Mat Ibrahim Bendahari

 
 
Penafian | Laman Web KTAK