Keseronokan Bersukan
olongan belia memainkan peranan penting dalam aspek meningkatkan kemajuan dan kesejahteraan Kampung Kuala Krau. Penglibatan belia Kampun Kuala Krau yang aktif memang tidak boleh dinafikan kerana ada sahaja projek dan perancangan yang dilakukan bagi mencapai objektif tersebut. Misalnya, dalam kegiatan sukan, mereka gemar bermain bola sepak, sepak takraw dan futsal pada waktu lapang. Terdapat juga pasukan kompang Kampung Kuala Krau yang berperanan mengadakan persembahan ketika musim perkahwinan. Pasukan Kompang Kuala Krau mengenakan bayaran yang berpatutan dan cukuplah sekadar memeriahkan majlis perkahwinan tersebut.
| |
 |
| |
| Sepak takraw merupakan antara sukan popular di sini |
|
Ada juga di antara belia kampung yang berminat menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan. Terdapat segelintir belia yang menjual ikan air tawar, membuka warung makan dan kedai runcit di sekitar Kampung Kuala Krau. Mereka yakin bahawa dengan bekerja sendiri mereka boleh menimba lebih banyak ilmu dan pengalaman untuk terus berjaya dan meluaskan empayar perniagaan.
Dari segi keagamaan, mereka juga sering kali memenuhi masjid dan surau kampung untuk solat berjemaah dan menghadiri kelas agama. Kelas Fardu Ain yang dikelolakan oleh guru agama bertauliah juga membantu golongan belia mendapatkan pendidikan tambahan dalam bidang kerohanian. Kerancakan pelbagai aktiviti yang disertai belia di sini menjadikan suasana kampung bertambah meriah dan merapatkan hubungan di antara yang muda dan golongan tua.
|