Kerja tangan yang halus dan teliti

Seni Kraf Tangan Wanita

G
"Hasil kraf tangan yang cantik dan menarik turut dijadikan ‘ole-ole’ untuk pengunjung."  
   

olongan wanita Kampung Sri Kendong turut bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang dijalankan di sekitar kawasan kampung. Sebagai menyahut laungan kerajaan yang inginkan kaum wanita berdaya saing, pelbagai aktiviti untuk golongan wanita dilaksanakan di Kampung Sri Kendong. Atas kesedaran pentingnya peranan wanita menyebabkan pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pelbagai kegiatan khas buat kaum wanita.

Antara hasil kraftangan

Salah satu aktiviti yang melibatkan golongan wanita di Kampung Sri Kendong adalah pembuatan seni kraf tangan. Pelbagai barangan kraf tangan telah dihasilkan seperti bakul, beg tangan, tudung saji dan aksesori perhiasan. Menurut Raziah Haji Sirat, hasil kraf tangan yang direka oleh kaum wanita akan dijual di sekitar Bandar Tampin dan Rembau dan ada juga yang dijadikan sebagai ‘ole-ole’ kepada para pengunjung yang datang ke Kampung Sri Kendong.

Oleh kerana hasil kraf tangan yang direka oleh golongan wanita Kampung Sri Kendong amat halus pembuatannya serta cantik dan menarik, maka sambutan yang diberikan oleh para pelanggan amat menggalakkan. Pelanggan boleh mendapatkan hasil kraf tangan ini pada harga serendah RM5.00 bergantung kepada jenis kraf tangan. Secara tidak langsung aktiviti membuat kraf tangan menjadi sumber pendapatan alternatif untuk golongan wanita Kampung Sri Kendong.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK