Kemudahan Mengakses Internet

K
"Koleksi buku meliputi semua bidang seperti Karya Am, Falsafah, Agama, Sains Kemasyarakatan dan Sains Tulen."  
   

ampung Sri Kendong tidak terkecuali dari mendapat perhatian Skim Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Projek yang dikendalikan hasil usaha sama Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) serta beberapa badan korporat bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara masyakat di bandar dan juga luar bandar. Maka, sebuah perpustakaan telah dibina di Kampung Sri Kendong bagi kemudahan penduduk kampung untuk mendapatkan sumber ilmu pengetahuan.

Perpustakaan Desa Sri Kendong terletak di dalam kawasan perumahan Rakyat Sri Kendong. Perpustakaan ini telah mula dibuka sejak tahun 2006. Sebelum itu, Perpustakaan Desa Sri Kendong beroperasi di sebuah Bangunan KAFA yang terletak tidak jauh dari kawasan kampung. Bangunan perpustakaan yang dibina ini merupakan salah satu projek di dalam Rancangan Malaysia ke 7 (RMK-7). Perpustakaan ini merupakan bangunan setingkat dengan keluasan kira-kira 576 meter persegi.

Sudut yang menempatkan buku-buku kanak-kanak

Perpustakaan Desa Kampung Sri Kendong dikendalikan oleh dua pegawai yang bertugas iaitu Ahmad Fuad Daud dan Nor Baizura Redzwan. Selain aktiviti peminjaman buku, pelbagai aktiviti telah dijalankan kepada pengguna semenjak perpustakaan memulakan operasi; antaranya Program Mari Membaca Sempena Kempen Membaca Peringkat Kampung Sri Kendong 2008. Dianggarkan terdapat lebih kurang 4,000 buah buku yang terdapat di perpustakaan desa ini yang meliputi semua bidang ilmu seperti Karya Am, Falsafah, Agama, Sains Kemasyarakatan dan pelbagai lagi bagi kemudahan komuniti di sini mendapatkan maklumat dan rujukan.

Di samping itu, Perpustakaan Desa Kampung Sri Kendong turut menyediakan kemudahan internet. Penduduk kampung boleh menggunakan komputer yang disediakan oleh KTAK untuk mengakses internet.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK