Kampung yang sentosa

“Ibu Mengendong Anak”

K
"Nama Kendong diambil bersempena ayat ‘kendong’. Ia disebabkan, pada waktu Kampung Sri Kendong mula diterokai, rata-rata kaum wanita di situ sedang mengandung."  
   

ampung Sri Kendong mula diteroka pada tahun 1958 oleh masyarakat di sekitar Tampin dan Rembau. Menurut cerita orang-orang tua Kampung Sri Kendong, nama Kendong diambil bersempena dengan ayat “kendong”. Ia disebabkan, pada waktu Kampung Sri Kendong mula diterokai, rata-rata kaum wanita di situ sedang mengandung. Apabila anak-anak kecil mula lahir, kebanyakan ibu mengendong anak masing-masing berjalan ke sana dan ke sini. Dari perbuatan mengendong anak itulah wujud nama Kampung Sri Kendong.

Kampung Sri Kendong pernah menjadi tapak pertempuran sewaktu Perang Naning satu ketika dahulu. Kampung ini turut menjadi tapak pertempuran komunis sewaktu zaman penjajahan. Dahulu, sebahagian besar kawasan Kampung Sri Kendong merupakan kawasan sawah padi. Namun, apabila paras air semakin cetek, penanaman padi tidak lagi sesuai dilakukan oleh penduduk kampung. Kini, segalanya telah jauh berubah. Selari dengan arus pemodenan, pelbagai kemajuan dan pembaharuan telah pun dilaksanakan di Kampung Sri Kendong.

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK