Keluarga orang asli yang bahagia

Pelbagai Bangsa Pelbagai Budaya

J
 
 
Kaum ibu di sini amat akrab

umlah penduduk Kampung Sri Kendong dianggarkan 330 orang. Jalan raya merupakan sistem perhubungan utama bagi penduduk kampung. Oleh itu, rata-rata rumah penduduk kampung dibina di sepanjang jalan raya. Ada juga penduduk kampung yang tinggal di beberapa kawasan penempatan baru di mana dimajukan oleh pemaju-pemaju perumahan. Majoriti penduduk Kampung Sri Kendong berbangsa Melayu dan beragama Islam. Namun begitu, terdapat juga segelintir kecil kaum Cina, India dan orang asli dari suku kaum Temuan.

Oleh kerana penduduk Kampung Sri Kendong terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, semangat perpaduan dan kejiranan menjadi tunjang utama kehidupan sosial masyarakat di sini. Meskipun hidup dalam dunia yang moden dan mencabar, setiap kaum di Kampung Sri Kendong masih lagi mengamalkan cara hidup dan nilai tradisional masing-masing. Amalan-amalan warisan nenek moyang seperti gotong-royong dalam kenduri kendera dan ziarah menziarahi masih lagi diamalkan sehingga ke hari ini. Masyarakat Kampung Sri Kendong sentiasa mementingkan semangat kejiranan yang tinggi. Justeru, tidak hairanlah hubungan silaturahim antara penduduk kampung begitu akrab dan dapat mengecap kehidupan yang aman dan harmoni.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK