Ternakan Itik Serati

A
"Ternakan itik Serati yang telah diusahakan lebih kurang tiga tahun yang lalu mempunyai kira-kira 200 ekor itik."  
   

ktiviti penternakan di kalangan penduduk Kampung Sri Kendong hanya melibatkan segelintir penduduk kampung. Dahulu, terdapat sebuah projek ternakan itik di sini. Ternakan itik Serati yang telah diusahakan lebih kurang tiga tahun lalu mempunyai kira-kira 200 ekor itik. Sebuah kolam dan reban direka khas sebagai tempat untuk itik bertelur. Telur-telur itik tersebut dijual kepada peraih yang kemudiannya akan dijadikan telur masin dan dijual di sekitar kawasan Negeri Sembilan serta Melaka.

 
 
Penternakan itik terjejas teruk ekoran bencana alam baru-baru ini

Namun disebabkan oleh bencana alam yang menimpa Kampung Sri Kendong baru-baru ini, maka projek ternakan itik tersebut terjejas. Kini, penduduk Kampung Sri Kendong sedang berusaha keras untuk membaik pulih projek ternakan itik tersebut. Mereka terus berusaha disebabkan projek ternakan itu berpotensi besar untuk lebih maju dan mampu menambah pendapatan mereka berlipat ganda.

Di samping itu ada juga penduduk kampung yang terlibat dalam kegiatan penternakan lembu dan kambing secara kecil-kecilan. Secara tidak langsung aktiviti ini memberikan pendapatan sampingan buat penduduk kampung.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK