Prestasi Pelajar Membanggakan

O

leh kerana Kampung Sri Kendong merupakan sebuah perkampungan kecil dan terletak berhampiran kawasan bandar, maka tiada sekolah yang dibina di kawasan ini. Anak-anak Kampung Sri Kendong mendapatkan pendidikan formal di sekolah-sekolah berhampiran seperti Sekolah Kebangsaan Kota, Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Haji Adnan dan sekolah-sekolah lain di sekelilingnya. Prestasi akademik anak-anak Kampung Sri Kendong amat memuaskan. Ada di antara mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh serta ke menara gading.

 
 
Salah seorang tulang belakang Pusat Pemulihan Dalam Komuniti

Bagaimanapun, terdapat sebuah pusat pendidikan khas yang diberi nama Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang dibina di Kampung Sri Kendong. Pusat Komuniti ini merupakan sebuah pusat pendidikan khas bagi golongan kurang upaya. Setakat ini, pusat pemulihan komuniti mempunyai 23 orang pelajar kurang upaya. Pusat yang beroperasi di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Rembau telah beroperasi di Kampung Sri Kendong sejak setahun lalu. Antara kurikulum yang disediakan khas buat para pelajar ialah kemahiran bahasa dan bertutur, pengurusan diri dan sebagainya.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK