Laluan menghala ke taman

Taman Rekreasi Sukabumi

T
"Sebuah taman bercirikan air terjun buatan di mana aliran air bermula dari puncak Gunung Tampin. "  
   

erdapat sebuah kawasan rekreasi yang sesuai untuk dijadikan destinasi pelancongan di Kampung Sri Kendong. Kawasan rekreasi yang diberi nama Taman Rekreasi Sukabumi adalah satu kawasan rekreasi yang bertemakan sebuah taman. Bercirikan sebuah air terjun buatan, air yang dialirkan daripada puncak Gunung Tampin direka khas oleh penduduk kampung. Sebuah kolam mandi turut disediakan untuk pelancong mandi-manda di sini.

 
 
Kejernihan airnya memikat pengunjung

Taman Rekreasi Sukabumi yang direka berdasarkan konsep sebuah taman hijau terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Titian Azhar, Kebun Agro dan Denai Salak. Kawasan rekreasi ini menyediakan pelbagai aktiviti lasak untuk para pengunjung seperti jungle tracking, flying fox, rock climbing dan lain-lain. Secara tidak langsung, Taman Rekreasi Sukabumi membuka peluang anak-anak muda kampung untuk menceburi bidang pelancongan.

Bagaimanapun, Taman Rekreasi Sukabumi kini dalam proses pengubah suaian untuk diperbesar dan dimajukan bagi menggalakkan lagi kedatangan pelancong ke Kampung Sri Kendong.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK